Langkau ke kandungan
PANDUAN PENILAIAN

Kriteria & Subkriteria Penilaian Dokumen

Dokumen ini memperincikan enam (6) kriteria utama dan lapan belas (18) subkriteria penilaian yang diperkukuh melalui penjajaran dengan lima (5) Teras Keberhasilan Reformasi (TKR), termasuk penerangan dan contoh bukti sokongan. Pemberat Penilaian Dokumen kekal 50 markah. Kategori: Kerajaan Negeri · 13 Pencalonan.

  • 0 Kriteria Utama (A–F)
  • 0 Subkriteria
  • 0 Markah Keseluruhan

1. Tujuan dan Prinsip Penilaian

Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf kerajaan negeri yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) secara menyeluruh, bersepadu dan berimpak di peringkat negeri.

  • Keselarasan dengan lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR): Penghayatan Nilai dan Tatakelola; Pembangunan Modal Insan; Pembangunan Organisasi; Penyampaian Perkhidmatan; dan Sinergi Awam, Swasta dan Masyarakat.
  • Penilaian berasaskan keberhasilan dan bukti yang boleh disahkan, bukan hanya jumlah aktiviti atau inisiatif.
  • Kesaksamaan antara 13 kerajaan negeri dengan mengambil kira keberkesanan relatif dan impak sebenar, bukan semata-mata saiz atau sumber negeri.

2. Mekanisme Penilaian

Perincian berikut merujuk khusus kepada komponen Penilaian Dokumen (50 markah). Pemberat enam kriteria utama dikekalkan seperti kertas konsep anugerah.

50
Penilaian Dokumen
20
Pembentangan kepada Panel Penilai
30
Verifikasi
100
JUMLAH

3. Perincian Kriteria dan Subkriteria

Klik setiap kriteria di bawah untuk melihat penerangan penuh dan bukti sokongan dicadangkan bagi setiap subkriteria.

Sedia untuk mula mengisi pencalonan?
Bukti setara boleh diterima jika sahih, relevan, bertarikh dan dapat disahkan.
Ke Borang Pencalonan