PENGENALAN
Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA)
Kerangka reformasi kebangsaan yang membimbing kementerian, jabatan dan kerajaan negeri ke arah perkhidmatan awam Malaysia yang berprestasi tinggi, cekap dan berorientasikan rakyat.
Salah satu daripada 7 kategori Anugerah ARPA Kebangsaan 2026
MATLAMAT
Perkhidmatan Awam Malaysia Berprestasi Tinggi
ARPA menggerakkan perubahan menyeluruh dalam tadbir urus, modal insan, organisasi dan penyampaian perkhidmatan — digerakkan oleh strategi Associated and Integrated (AI) merentas sektor awam, swasta dan masyarakat.
NILAI TERAS
M.A.L.A.Y.S.I.A
Nilai Penjawat Awam
M.A.D.A.N.I
Nilai Pembangunan Negara
OBJEKTIF ARPA
01
MEMPERKUKUH
Budaya integriti dan penghayatan nilai murni
02
MEMBANGUNKAN
Modal insan kompeten, berdaya saing dan strategik
03
MENSTRUKTUR SEMULA
Organisasi ke arah lebih cekap dan responsif
04
MENAMBAH BAIK
Sistem penyampaian berasaskan keperluan rakyat
05
MENGUKUHKAN
Kerjasama strategik awam, swasta dan masyarakat
OBJEKTIF ANUGERAH TEKAD BERSAMA PERKHIDMATAN AWAM
Mengapa Anugerah Ini Diwujudkan
-
Mengiktiraf kerajaan negeri yang menunjukkan komitmen tinggi dalam pelaksanaan ARPA.
-
Menilai keberkesanan penyelarasan reformasi di peringkat negeri.
-
Mengangkat inisiatif yang memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan awam.
-
Menggalakkan pembudayaan reformasi secara berterusan dan mampan.
- SASARAN PESERTA
- Kerajaan Negeri
- PENERIMA DICADANGKAN
- 5
- KETUA JAWATANKUASA
- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
- FOKUS PENILAIAN
- Kepimpinan, pelaksanaan, impak dan kelestarian reformasi
KERANGKA ARPA
5 Teras Keberhasilan Reformasi (TKR)
Diterjemahkan kepada 20 Strategi Keberhasilan Reformasi (SKR) yang dilaksanakan merentas kementerian, jabatan dan kerajaan negeri.
TKR 1
Penghayatan Nilai dan Tatakelola
Kenegaraan & patriotisme · Perbelanjaan berhemah · Integriti & akauntabiliti · Kelestarian hijau
TKR 2
Pembangunan Modal Insan
Kecemerlangan kepimpinan · Anjakan nilai tugasan · Kemahiran & keupayaan baharu · Peningkatan produktiviti
TKR 3
Pembangunan Organisasi
Rasionalisasi & penstrukturan agensi · Kesejahteraan penjawat awam · Pengoptimuman sumber · Keseronokan bekerja
TKR 4
Penyampaian Perkhidmatan
ILTIZAM kecekapan · Pendigitalan perkhidmatan · Daya cipta & inovasi · Perkhidmatan berteraskan rakyat
TKR 5
Sinergi Awam, Swasta & Masyarakat
Rasionalisasi BBP & SBK · Kerjasama strategik BBP/SBK · Kerjasama strategik awam-swasta-masyarakat
STRATEGI PELAKSANAAN
Associated & Integrated (AI) Strategy
ASSOCIATED
Whole-of-Nation
- Melibatkan sektor swasta dan masyarakat
- Kerjasama strategik BBP dan SBK
- Sinergi pelbagai pihak untuk pembangunan inklusif
INTEGRATED
Whole-of-Government
- Integrasi antara jabatan kerajaan
- Memecahkan silo pentadbiran
- Kecekapan dan keberhasilan dasar rentas agensi
Lihat bagaimana ARPA dinilai di peringkat negeri
Semak 6 kriteria utama dan 18 subkriteria penilaian bagi Anugerah Tekad Bersama Perkhidmatan Awam.